Rijal Ad-Da’wah NOTA USRAH: Rijal Ad-Da’wah Agama Islam ini, berbeza dengan tanggapan kebanyakan orang samada Muslim, Orientalis dan Barat, kerana Islam ini bukannya tamadun era tertentu, atau kesenian era tertentu yang dapat dilihat pada lukisan dan ukiran binaan masyarakat sesuatu zaman, yang mana kesemua ini akan lenyap dengan lenyapnya tamadun tertentu seperti Yunani, Rom, dan kesenian Turki. Islam ini agama yang hidup bernyawa dan bernafas, ia kekal hidup kerana inilah yang telah ditentukan oleh Allah swt yang mana ketentuanNya itu penuh ketekunan. Hal ini dapat dilihat pada firmanNya ketika hari Arafah, الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا “ Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, dan telah aku lengkapkan keatas kamu nikmatKu, dan Aku redha Islam adalah agama kamu ” (Al-Maidah : 3). Oleh yang demikian tiada keperluan kepada risalah atau mesej yang baru,...
Memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir melalui pengembangan literatur bermutu, perbahasan dan wacana ilmu berkualiti serta pernyataan pandangan jelas dan tegas