Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

MENGENANG AL MARHUM DR MUHAMMAD IMARAH

Risalah Perpisahan dari Si Anak buat Si Ayah, Dr Muhammad Imarah. Pada petang hari Jumaat bersamaan Rejab 1441 Hijrah, telah wafat ayahku yang merupakan tokoh pemikir Islam yang ulung serta anggota Kesatuan Kibar Al-Ulama Dr Muhammad Imarah. Telah wafat ayahku rahimahullah, selepas menderitai tempoh kesakitan yang singkat iaitu tidak menjangkau tiga minggu. Telah wafat ayahku rahimahullah dalam keadaan tenang, tanpa sebarang kesakitan atau penderitaan menyelubunginya. Beliau menyeru ibuku, serta seluruh anak-anaknya,cucu-cucunya dan mereka yang mengasihinya lalu berkata kepada setiap seorang mereka “Aku sayang padamu, dan aku redha denganmu”. Telah wafat ayahku rahimahullah, dan sepanjang kesakitannya beliau sering menyebut “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah”. Ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, terpancar senyuman keredhaannya. Telah wafat ayahku rahimahullah, dan beliau berwasiat untuk menyempurnakan rencana-rencana pemikirannya serta penulisan