Skip to main content

MENGENANG AL MARHUM DR MUHAMMAD IMARAH




Risalah Perpisahan dari Si Anak buat Si Ayah, Dr Muhammad Imarah.


Pada petang hari Jumaat bersamaan Rejab 1441 Hijrah, telah wafat ayahku yang merupakan tokoh pemikir Islam yang ulung serta anggota Kesatuan Kibar Al-Ulama Dr Muhammad Imarah.

Telah wafat ayahku rahimahullah, selepas menderitai tempoh kesakitan yang singkat iaitu tidak menjangkau tiga minggu.


Telah wafat ayahku rahimahullah dalam keadaan tenang, tanpa sebarang kesakitan atau penderitaan menyelubunginya. Beliau menyeru ibuku, serta seluruh anak-anaknya,cucu-cucunya dan mereka yang mengasihinya lalu berkata kepada setiap seorang mereka “Aku sayang padamu, dan aku redha denganmu”.

Telah wafat ayahku rahimahullah, dan sepanjang kesakitannya beliau sering menyebut “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah”. Ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, terpancar senyuman keredhaannya.

Telah wafat ayahku rahimahullah, dan beliau berwasiat untuk menyempurnakan rencana-rencana pemikirannya serta penulisan dan penyelidikannya.

Telah wafat ayahku rahimahullah dalam keadaan beliau redha akan semua dan memaafkan semua hatta mereka yang pernah menzaliminya atau menyempitkan hidupnya. Beliau langsung tidak membawa sebarang dengki atau kebencian walau sekecil pun kepada sesiapa.

Telah wafat ayahku rahimahullah, dalam keadaan beliau mendoakan kebaikan untuk kami, dan bagi tiap manusia dengan kebaikan serta hidayah.

Telah wafat ayahku rahimahullah, dan terpancar cahaya yang penuh kecantikan di wajahnya.
Aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatku, para doktor, para jururawat dan setiap yang membantu menjadikan kesakitan singkat yang dialami bapaku dapat ditempuhnya tanpa sebarang penderitaan sekaligus memelihara kehormatan serta beliau dapat berehat dan redha sebaiknya.

Disini aku mahu kongsikan sebahagian pesanan atau wasiat yang diberikan ayahku untuk para penuntut ilmu dan mereka yang menyayangi beliau :-


  • Dirikanlah solat jenazah atau solat jenazah ghaib keatas ayahku dalam bilangan yang terbesar selagimana mampu, di tiap bandar mahupun di mana-mana negara.
  • Ingatlah ayahku dengan mendoakan kebaikan untuknya dengan tulus ikhlas dari hati termasuklah dalam solat kamu.
  • Sebarkanlah buah pemikiran Dr Muhammad Imarah kepada semua insan, pada tiap tempat samada dengan menyebarkan bukunya, artikelnya, syarahannya, videonya atau video suntingan singkat yang diambil dari program televisyen serta ucapannya. Sebarkanlah semua itu dalam internet, atau dalam penulisan, atau dalam bentuk audio, rakaman video hinggakan dalam perbualan harian kita.
  • Beliau juga berwasiat agar kita bercerita dan mengenangkan Dr Muhammad Imarah beserta idea pemikirannya kepada mereka disekeliling kita dan kepada kenalan kita.




Beginilah caranya kita menghidupkan sirah perjalanan hidup ulama kita dan tokoh-tokoh mulia antara kita.

Beginilah cara kita berbakti kepada ayahku , moga Allah merahmatinya…Dr Muhammad Imarah.

Ayuhlah kita,…wahai saudaraku,rakanku, dan mereka yang menyayangi Dr Muhammad Imarah…

Ayuhlah kita menjadi anak yang berbakti, agar kita semua termasuk dalam golongan yang disebut Nabi saw “Anak soleh yang mendoakan kebaikan untuk ayah dan ibunya yang telah meninggal dunia”.


Terjemahan oleh Al-Rupawani. https://diwanalrupawani.blogspot.com/2020/03/risalah-perpisahan-dari-si-anakbuat-si.html?m=1


Artikel asal dari FB anakanda Almarhum, Khaled Emara
https://www.facebook.com/khaled.emara.

Comments

Popular posts from this blog

TUDUHAN ‘FREEMASON’ ADALAH PEMBOHONGAN BESAR DAN FITNAH JAHAT

TUDUHAN ‘FREEMASON’ ADALAH PEMBOHONGAN BESAR DAN FITNAH JAHAT BENCANA FITNAH Allah SWT berfirman yang artinya; “Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12). Firman ALLAH SWT: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (Surah al-Israa’, ayat 36). Sabda Rasulullah ﷺ : "Tidak masuk syurga orang...

Fiqh Amanah : Rijalul Mabda’ – Manusia Berprinsip

Pengantar Fiqh Amanah : Rijalul Mabda’ – Manusia Berprinsip Amanah merupakan barang paling berharga yang teramat tinggi nilaninya dianugerahkan serta dibebankan ke atas manusia. Dengan tawaran amanah ini, maka manusia dapat melaksanakan tugasnya selaku Khalifah di bumi Tuhan ini. Maka kenapa ia sungguh penting dan tersangat berat sehingga langit-langit dan bumi serta gunung ganang tidak mahu, tidak sanggup bahkan gerun untuk menerimanya?   Untuk menjawab persoalan ini, ayuh teliti firman Allah swt di dalam Surah Al-Ahzab ayat 72:- إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat...

DR SIDDIQ FADZIL: MEMBINA KESATUAN BANGSA MALAYSIA

MEMBINA KESATUAN BANGSA: KERUKUNAN HIDUP BERSAMA   DALAM BUDAYA DAMAI Siddiq Fadzil Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan yang berlebihan antara dua golongan masyarakat suatu janji dan erti   kemerdekaan? Bilakah semua warganegara mendapat hak layanan dan keadilan yang sama dikenali dengan satu rupa nama Bangsa Malaysia? S.N. Usman Awang 1979/1983 Mukadimah Setelah 62 thun merdeka, Malaysia tampaknya masih belum bebas dari gejala rasisme.   Menjelang tempoh realisasi Wawasan 2020 yang mengaspirasikan kewujudan Bangsa Malaysia yang bersatu,   masyarakat Malaysia semakin kalut tuduh-menuduh siapa rasis, siapa ekstremis.     Tempoh yang demikian panjang, tampaknya belum cukup untuk menjadikan kita bijaksana dalam mengurus kepelbagaian.      Kita masih gagal menyikapi pluraliti secara positif sebagai kurnia Tuhan kepada Malaysia.   Juste...