Skip to main content

TUDUHAN ‘FREEMASON’ ADALAH PEMBOHONGAN BESAR DAN FITNAH JAHAT



TUDUHAN ‘FREEMASON’ ADALAH PEMBOHONGAN BESAR DAN FITNAH JAHAT


BENCANA FITNAH

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).

Firman ALLAH SWT: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (Surah al-Israa’, ayat 36).

Sabda Rasulullah ﷺ: "Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :

“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian Sahabat kembali bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian menjawab; ‘kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” (H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).

Tanggungjawab Sesama Muslim

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
]صحيح البخاري , كتاب المظالم , باب لا يظلم المسلم المسلم ولا يسلمه , حديث 2442 , عن عبد الله بن عمررضي الله عنه[.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Membela Kehormatan Saudara

 عَنْ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ رضي الله عنه عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ بِالْغَيْبِ رَدَّ اَللَّهُ عَنْ وَجْهِهِ اَلنَّارَ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ ) أَخْرَجَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ
Dari Abu Darda’ Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membela kehormatan saudaranya tanpa sepengetahuannya Allah akan menjaga dirinya dari api neraka pada hari kiamat.” [Hadits riwayat Tirmidzi].

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Dari Anas RA berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?” Beliau bersabda: “Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim) “. Sahih Bukhari 2264:

Orang yang membela kehormatan saudaranya yang Muslim, akan dibebaskan daripada api neraka.

Hadis Rasulullah ﷺ :
 عَنْ أَسْمَاءَ بنتِ يَزِيدَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:مَنْ ذَبَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ بِالْمَغِيبِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ.

 “Dari Asma bt Yazid dari Nabi ﷺ bersabda: Barang siapa yang tidak mahu menolong saudaranya yang sedang dihina orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya nescaya akan dihina dia oleh Allah ditengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. (HR Tobrani No: 19916)


BAHAYA TIPUDAYA

Tablis adalah menyampaikan kebatilan dalam rupa wajah kebenaran. (Ini pemimpin). Ghurur adalah kejahilan yang menyebabkan terpedaya hingga mempercayai apa yang batil. (Itu pengikut). (Ibn Jawzi)


Berikut contoh fitnah ‘Freemason’ yang telah dilontar kepada Anwar Ibrahim pada 2012:

 Senarai nama ahli Freemason menunjukkan nama ‘Anwar Ibrahim'.



Gambar ‘Anwar Ibrahim’ itu.


 Gambarnya dengan lebih jelas lagi menunjukkan itu orang lain.


Di bawah ini cara tohmahan dibuat melalui sidang media tahun 2012:-


Berikut sebuah blogger sesawang milik musuh politik Anwar Ibrahim memohon maaf pada 2018 kerana turut menyebarkan fitnah tersebut (walaupun telah didedahkan kepalsuannya pada 2012 lagi).



PENGAJARANNYA:

Selaku Muslimin dan Muslimat yang menganjurkan seruan kebaikan dan cegahan kemungkaran, bekerjasama dalam kebaikan dan taqwa serta menolak dosa dan permusuhan, umat terbaik dan insan teladan berakhlak serta bermaruah, semestinya kita menegakkan kebenaran, berlaku adil dan menolak kezaliman.

Berlaku adillah sesama kita dan berlaku adillah kepada Anwar Ibrahim. Dia diserang dan terus diasak dengan begitu mudah dan begitu hina sekali tanpa perasaan sedikit pun belas kasihan, tanggungjawab atau akauntabiliti oleh para penfitnah terutama melalui media yang cukup bebas, pantas dan lumrah kini. Padahal mereka yang pernah berpengalaman, bersahabat dan bersama berjuang dengannya lebih mengenali. Perbedaan politik tidak harus merubah adab dan hukum kerukunan beragama.

Kita perlu renungi peringatan oleh al marhum Said Ramadhan al Bhuti tentang istiqamah dan ketetapan hukum dalam Islam:-

Said Ramadhan Al Bhuti dalam Khutbahnya, berkata..
وإذا هم اليوم يفتون بإباحتها، يفتون بصحتها، يفتون بجوازها،
 ونتساءل ألعل هنالك دليلاً غاب عنكم بالأمس وعرفتموه اليوم ومن ثم غيَّرْتم الحكم؟
“Mereka ini.. Pada hari ini mereka menghalalkannya.. Mereka hari ini menfatwakan membolehkannya..”

Said Ramadhan berkata lagi, “Kami ingin bertanya kepada kelompok ini. Apakah dalil-dalil ini tidak kamu jumpai waktu dahulu, dan kamu baru dapati pada hari ini lalu kamu mengubah hukumnya?”

لا. الحكم هو هو والدليل هو هو ولكن المصلحة السياسية هي التي اختلفت... "

Said Ramadhan (sendiri menjawab) berkata, “Tidak.. "Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. Yang berubah adalah cita-cita dan kepentingan mereka di dalam politik.."




Comments

Popular posts from this blog

Fiqh Amanah : Rijalul Mabda’ – Manusia Berprinsip

Pengantar Fiqh Amanah : Rijalul Mabda’ – Manusia Berprinsip Amanah merupakan barang paling berharga yang teramat tinggi nilaninya dianugerahkan serta dibebankan ke atas manusia. Dengan tawaran amanah ini, maka manusia dapat melaksanakan tugasnya selaku Khalifah di bumi Tuhan ini. Maka kenapa ia sungguh penting dan tersangat berat sehingga langit-langit dan bumi serta gunung ganang tidak mahu, tidak sanggup bahkan gerun untuk menerimanya?   Untuk menjawab persoalan ini, ayuh teliti firman Allah swt di dalam Surah Al-Ahzab ayat 72:- إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat...

DR SIDDIQ FADZIL: MEMBINA KESATUAN BANGSA MALAYSIA

MEMBINA KESATUAN BANGSA: KERUKUNAN HIDUP BERSAMA   DALAM BUDAYA DAMAI Siddiq Fadzil Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan yang berlebihan antara dua golongan masyarakat suatu janji dan erti   kemerdekaan? Bilakah semua warganegara mendapat hak layanan dan keadilan yang sama dikenali dengan satu rupa nama Bangsa Malaysia? S.N. Usman Awang 1979/1983 Mukadimah Setelah 62 thun merdeka, Malaysia tampaknya masih belum bebas dari gejala rasisme.   Menjelang tempoh realisasi Wawasan 2020 yang mengaspirasikan kewujudan Bangsa Malaysia yang bersatu,   masyarakat Malaysia semakin kalut tuduh-menuduh siapa rasis, siapa ekstremis.     Tempoh yang demikian panjang, tampaknya belum cukup untuk menjadikan kita bijaksana dalam mengurus kepelbagaian.      Kita masih gagal menyikapi pluraliti secara positif sebagai kurnia Tuhan kepada Malaysia.   Juste...