PEMURNIAN IMEJ
PEMBAWA RISALAH
A. MENEGAKKAN IMPERATIF MORAL MEMBANGUNKAN KEPIMPINAN مصدر الخير MASDAR
AL KHAYR (Inspiring Personality)
Menginspirasi kepada Kebaikan الخير (Al Khayr) adalah Sunnah Agong Rasulullah ﷺ. Oleh perlu ada usaha bersungguh-sungguh
dan terencana bagi menangani fahaman garis keras yang menimbulkan masalah
kepada risalah, imej Islam dan dakwah. Semua pihak mesti bekerjasama bagi mengembalikan
peranan ilmuwan, agamawan, pendidik
ilmu-ilmu Islam dan aktivis isu Islam kepada pendekatan الوسطية wasatiyyah - kesederhanaan dan berpandukan hikmah serta tabassur الـتـبـصـر (pencerahan/ foresight) dan
tathabbut تثبت (bukti, ketepatan fakta dan angka).
B. PERMASALAHAN SEMASA
Terdapat kecenderungan sesetengah
agamawan dan pendidik ilmu-ilmu Islam di antaranya membawa mesej yang
keterlaluan; menggunakan perli-memerli, cercaan dan maki hamun السخرية (sukhriyyah); polemik bersengketa antara agamawan serta kumpulan
penyokong di khalayak umum الجدال (jidal);
hilang adab pergaulan serta perbedaan الاختلاف (ikhtilaf) dan paling kritikal adalah
penyampaian-penyampaian yang menghampiri kafir mengkafir التكفير (takfir).
Gejala ini mengelirukan umat dan
menjauhkan masyarakat daripada mengenali dan menghayati mesej Islam sebenar.
Kebebasan yang dinikmati pasca 9
Mei 2018 telah membuka ruang yang seluas-luasnya bagi gejala ini melarat di
tengah-tengah masyarakat samada di ruang-ruang ibadah, khutbah, kuliah,
ceramah, penulisan dan paling terkesan adalah alam media sosial.
Mithalnya di Indonesia. Setengah
abad berlalu, dan keselesaan berda’wah bebas terjamin dalam era demokrasi
Indonesia. Tidak dapat dimungkiri bahawa al-wa’yul Islam – kesedaran Islam
lebih meluas. Turut serta dalam gerakan da’wah adalah inisiatif dan ikhtiar
para du’at baru. Namun bila ditelusuri permasalahan umat secara lebih teliti,
kita masih terus bergelut dalam krisis – kefahaman dan ittijahat
(aliran) yang rencam. Kerencaman bukan merupakan masalah, tetapi sikap jumud,
tempurung ; bengis , keras dan tidak toleran yang cenderung mengkafirkan
kalangan yang tidak sealiran ; pendakwah yang mirip laskar upahan atau yang
paling merbahaya, pendamba keganasan – terrorisme.
Tinjauan umum mendapati belum ada
usaha terancang dan tersusun bagi menangani gejala baru ini.
Oleh itu adalah peri penting dan
menjadi amanah dakwah أمانة الدعوة untuk menampilkan Islam dalam wajahnya yang tulen تقديم الاسلام بالصورة الأصلية – taqdim al-Islam bi surah al-asliyyah-dalam
menyikapi fenomena kemajmukan yang semakin berkecamuk dan pencitraan Islam yang
dicemari radikalisme. Gerakan dakwah mesti melancarkan gelombang kebangkitan
baharu secara intensif untuk menganjak tahap keberagamaan umat menuju kesempurnaan
التدين الشامل - al-tadayyun al shamil bukan ‘incomplete
religiousity’ التدين المنقوص – al tadayyun al manqus.
Maka menjadi imperatif moral
masakini untuk membangunkan kepimpinan yang menginspirasi kebaikan مصدر الخير .
Sebagai peringatan dan muhasabah, usaha-usaha
yang terbit bertujuan mencapai maslahah dan membawa penyelesaian kepada masalah
dan tuntutan umat serta cabaran semasa tidak mungkin berjaya tanpa dipimpin dan
diterajui oleh insan-insan berprinsip – rijalul mabda’ .
C. SARANAN AWAL
Disarankan wacana dan siri
penerangan serta pencerahan di sekitar dua topik utama:-
1. Rasulullah ﷺ sebagai القدوة الحسنة Qudwah Hasanah Contoh Teladan Pimpinan ‘Masdar al Khayr’
2. Cabaran Situasi
Semasa dan Peri Penting Kepimpinan Kembali kepada Ciri-Ciri ‘Masdar al Khayr’
Hasratnya adalah terhasil rancangan
pembangunan مصدر الخير ‘Inspiring Personality’ secara Praktikal dan Berkesan agara
terangkum di dalam pembinaan dan pengisian bidang berikut:-
·
Keluarga
·
Keagamaan
·
Tarbiyah
·
Dakwah
·
Pendidikan
·
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan
·
Merentasi Masyarakat Majmuk
·
Ekonomi dan Politik
·
Penulisan, Penerbitan dan Bahan Bacaan* serta Komunikasi, Multimedia dan Media Sosial*
*Bahan2 bacaan rujukan yang wajar
bagi pengisian dan mengukuhkan program ini. Contohnya dulu bagi menangani
gejala extremisme 80'an, kita membaca dan menelaah (terjemahan) kitab الدعاة لا القضاة Du‘ah la Quda’, Hasan al Hudaybi dan الصحوة
الاسلامية بين الجحود والتطرف al-Sahwa
al-Islamiya bayna al-juhud wa al-tataruf, Yusuf al Qaradawi. Sudah tentu sekarang perlu diperbaharui dengan
pembacaan baru dan terkini. Lebih baik jika dihasilkan dan terbitkan buku-buku
serta tulisan terkini terutama tentang 'al tadayyun al syamil (complete
religiousity)' jika dahulu kita membaca (Islam sebagai ad din, al
Attas) dan juga tajuk seperti 'Penampilan Islam dalam Wajahnya yang Tulen – taqdim
al-Islam bi surah al-asliyyah'.
Bahan-bahan ini pula perlu diterjemahkan dan ditransform kepada platform
media sosial kerana kini itulah medium dan instrumen paling viral.
Tujuan semua ini adalah agar
berlaku pemerataan pencerahan, kesedaran, pengetahuanta, keyakinan dan ketrampilan berperanan secara terancang
menyemai, memupuk, mengembangkan dan membudayakan ketrampilan pimpinan,
agamawan dan pendakwah sebagai ‘masdar al khayr’ yang memberi impak خير الناس أنفعهم للناس ‘khayrunnas an’fa’uhum linnas’ – manusia terbaik yang
bermanfaat memperbaiki manusia lain.
Matlah diharapkan para pimpinan agama,
pendidik agama, aktivis agama dan pelajar agama muncul sebagai sahsiah yang
menginspirasikan kebaikan - ‘Inspiring Personalities’ di segenap lapisan
penglibatan, menjayakan dakwah dan islah di medan lapangan.
RUJUKAN:
Anwar Ibrahim, Risalah berpaksikan
Akidah dan Akhlak, Menangkak Permasalahan Semasa (2017)
Mawlana Abul Hasan Ali An Nadwi, Saviours
of the Islamic Spirit (1976)
Mohamed Raimi Ab Rahim,
Kebangkitan Islam 2.0, Mengemudi Gelombang Nahdah, Memartabatkan Khayra Ummah
(2016)
Siddiq Fadzil, Jati Diri
Perjuangan Dakwah (2016)
MAKTAB
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Pulau Pinang
(2019)

Comments
Post a Comment